Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ
  1. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tidak. Setiap aduan yang dibuat adalah percuma.

  1. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Boleh, dengan izin pengadu.

  1. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi?

Tidak, pengadu perlu mengemukakan maklumat peribadi yang lengkap untuk memudahkan siasatan dilakukan dan maklum balas diberikan kepada pengadu. Maklumat peribadi pengadu adalah sulit hanya untuk kegunaan aduan sahaja.

  1. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh KUSKOP?
  • Kelewatan / tiada tindakan;
  • Tindakan tidak adil;
  • Kekurangan kemudahan awam;
  • Kepincangan perlaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang;
  • Salah guna kuasa / penyelewengan yang bukan bertujuan mendatangkan keuntungan;
  • Salah laku anggota awam;
  • Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan;
  • Kegagalan penguatkuasaan; dan
  • Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.
  1. Bagaimana cara saya membuat aduan?
  1. Apa berlaku kepada aduan saya?
  • Nombor kes / rujukan akan dikeluarkan secara automatic setelah aduan didaftar dalam sistem;
  • KUSKOP akan kemukakan emel penerimaan aduan;
  • KUSKOP akan salurkan aduan kepada agensi di bawah KUSKOP yang berkaitan;
  • Jawapan kepada pengadu akan dikemukakan terus oleh agensi;
  1. Berapa lama KUSKOP membuat siasatan?

Standard Operating Procedures (SOP) KUSKOP, tempoh masa penyelesaian kes tertakluk kepada kategori aduan sama ada kes Biasa dan Kompleks (memerlukan siasatan). Tempoh penyelesaian aduan Biasa adalah dalam tempoh 3 hari bekerja manakala tempoh penyelesaian bagi aduan kompleks adalah dari 15 hari bekerja atau sehingga siasatan selesai dijalankan.

  1. Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat status aduan saya?

Status aduan boleh diketahui melalui Semak Maklum Balas menggunakan nombor kes / rujukan yang telah didaftar dalam sistem.

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader